Editor for this issue: Karen Milligan <karen
linguistlist.org>
JEMPUTAN Seminar Kebangsaan Linguistik, Terjemahan & Interpretasi Sidang Akademik 2002/2003 Cabaran Linguistik Dalam Era Intelektualisme 23-24 Julai 2002 (Selasa & Rabu) 8.00 pagi hingga 5.00 petang Dewan Persidangan Universiti Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang Anjuran Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan & Interpretasi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia Tujuan Nilai dan potensi yang diperlihatkan oleh bidang bidang linguistik teras dan terapan, yang mencakupi bidang terjemahan dan interpretasi, tidak berapa dihargai sepenuhnya oleh masyarakat. Malah, di Malaysia, bidang ini sering dihadkan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa semaata-mata. Oleh itu, satu seminar kebangsaan akan diadakan untuk membicarakan tentang cabaran yang bakal dan sedang dihadapi oleh bidang linguistik dan sub-bidangnya serta nilai dan potensi bidang ini dalam era intelektualisme dan globalisasi ini. Topik Bahagian menjemput penghantaran kertas kerja tentang semua aspek linguistik, terjemahan, dan interpretasi, tetapi tidak terhad kepada: fonetik, fonologi, sintaksis, semantik, pragmatik, wacana, sosiolinguistik, psikolinguistik, linguistik berkomputer, linguistik forensik, terjemahan dan interpretasi teks lisan dan bertulis L1 ke L2, hubungan linguistik dan pengajaran bahasa Bahasa Pengantar Bahasa Melayu Ringkasan Pembentangan Setiap ringkasan akan diwasit oleh saatu panel pemilih. Calon pembentang digalakkan menggunakan e-mail untuk menghantar ringkasan. Namun begitu, abstrak ini hendaklah dihantar sebagai sebahagian kandungan e-mail dan bukan sebagai fail lampiran. Hantarkan kepada haslinaMail to author|Respond to list|Read more issues|LINGUIST home page|Top of issueusm.my dengan satu salinan (di'cc'kan) kepada radiah
usm.my, aniswal
usm.my dan arokiah
usm.my. Tetapi jika terpaksa menggunakan pos biasa, alamatkan kepada alamat yang disediakan di bawah. Abstrak Pembentangan Setiap calon pembentang juga dikehendaki menertakan abstrak yang panjangnya tidak melebihi 300 perkataan untuk dimasukkan ke dalam buku program, jika ringkasan pembentangannya diterima. Berikut ialah format penghantaran ringkasan dan abstrak pembentangan tajuk kertas nama pembentang alamat, no. talipon, no. faks dan alamat e-mail ringkasan pembentangan (panjang: 700-1000 perkataan) bibliografi abstrak pembentangan Pihak sekretariat akan memaklumkan calon melalui e-mail bahawa setiap penghantaran ringkasan dan abstrak kertas kerja telah sampai dengan sempurna kepada pihak sekretariat. Tarikh Akhir Penghantaran Tajuk, Ringkasan dan Abstrak Kertas 15 Jun 2002 Tarikh Pemberitahuan Penerimaan atau Penolakan Ringkasan Pembentangan 1 Julai 2002 (melalui e-mail) Masa Pembentangan 30 minit (20 bentang + 10 soal-jawab) Alat OHP dan projektor LCD (Sila maklumkan kepada pihak sekretariat jika peeralatan lain perlu disediakan.) Yuran Penyertaan (abstrak, program, makan tengahari, kudapan pagi & petang) RM 250.00 (Bukan Pelajar) RM 600.00 (Institusi - setiap kumpulan 3 orang) RM 100.00 (Pelajar) Untuk keterangan lanjut, sila hubungi: Setiausaha Seminar Linguistik, Terjemahan & Interpretasi Bahagian Bahasa Malaysia, Terjemahan & Interpretasi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang MALAYSIA (u.p: Dr. Haslina Haroon) Tel: 604-6577888 samb. 3371/3373/3375 Faks: 604-6563707 e-mail: radiah
usm.my (Radiah Yusoff) aniswal
usm.my (Aniswal Ab. Ghani) haslina
usm.my (Haslina Haroon) arokiah
usm.my (Rokiah Awang)